Berbaga jenis meditasi yang di kenalkan pada kita, tapi di sini Ceardo mencoba membahas sedikit tentang meditasi alam. Sejak
beribu-ribu tahun dahulu para cerdik pandai dan ilmuan telah
mempraktikkan
tafakur atau meditasi yang bertujuan
untuk dapat mencapai ketenangan pada gelombang otak alfa (kami membawa anda hingga ke delta !).
Tujuan
yang paling utama adalah untuk memotivasikan diri atau menggerakkan
masyarakat supaya jati
diri mereka diaktifkan dan dapat
mencapai kejayaan serta keselesaan hidup. Motifnya agar setiap
tindakan-tindakan serta langkah-langkah
yang akan diambil sejak dibangkitkan
jati diri, merupakan kegiatan positif yang
bermanafaat bukan saja untuk diri sendiri tetapi untuk agama, bangsa dan negara.
Insan itu sebenarnya terdiri dari dua elemen
utama iaitu zahir (fizikal) dan batin (rohani). Tubuh manusia
terbentuk pada
saat bertemunya sel telur dan sel
mani. Pembentukan ini dipengaruhi oleh kekuatan atau energi dari
fikiran, perbuatan, makanan
dan suhu. Keempat-empat energi ini
berinteraksi antara satu sama lain dan menghasilkan getaran neutral,
positif dan negatif. Getaran
tersebut akan memberi pengaruh pada badan. Bila getaran negatif
mendominasi
seseorang itu maka kesihatan
seseorang itu akan terganggu. Tafakur atau meditasi adalah satu kaedah
latihan mengimbangkan
keharmonian akal dan perasaan. Ianya telah lama diamalkan sejak zaman berzaman
serta merupakan kaedah termudah untuk mengembangkan
getaran positif hingga dapat
digunakan untuk mencegah dan
menyembuhkan penyakit. Secara ilmiah ia telah terbukti sebagai satu
jalan penyelesaian pelbagai
masalah serta menambah kekuatan
memori.
Hasil
rumusan dan pengalaman yang mendalam serta maka terciptalah suatu
kaedah yang amat
praktikal dalam mengatasi persoalan
bebanan fikiran dan perasaan yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja
dan di mana sahaja
iaitu MEDITASI ALAM. Ianya
adalah satu
teknik meditasi yang dapat diamalkan
oleh semua tanpa dibatasi oleh agama, ilmu ataupun umur. MEDITASI ALAM mengupas RAHSIA MENGUASAI KETENANGAN bertujuan untuk menguatkan fikiran melalui latihan konsentrasi agar fikiran lebih sedar dan bijaksana serta
harmonis dan akhirnya mencapai kewaspadaan diri (self awareness ) yang tinggi serta jiwa yang mantap.
Semakin
kerap kita melakukan MEDITASI
ALAM semakin kuat pengaruhnya,
kerana energi negatif yang dipancarkan dari fikiran dan perasaan negatif
dan memenuhi persekitaran
akan diimbangi oleh pancaran energi
positif sehingga menjadi neutral; pada saat
itulah kekuatan negatif akan hilang diganti dengan kekuatan positif yang dapat memberi
kemantapan jiwa serta membahagiakan diri pengamal dan segenap anggota masyarakat.
No comments:
Post a Comment