Berbaga jenis meditasi yang di kenalkan pada kita, tapi di sini Ceardo mencoba membahas sedikit tentang meditasi alam. Sejak
 beribu-ribu tahun dahulu para cerdik pandai dan ilmuan telah 
mempraktikkan
                                    tafakur atau meditasi yang bertujuan
 untuk dapat mencapai ketenangan pada gelombang otak alfa (kami membawa anda hingga ke delta !). 
Tujuan
 yang paling utama adalah untuk memotivasikan diri atau menggerakkan 
masyarakat supaya jati
                                    diri mereka diaktifkan dan dapat 
mencapai kejayaan serta keselesaan hidup. Motifnya agar setiap 
tindakan-tindakan serta langkah-langkah
                                    yang akan diambil sejak dibangkitkan
 jati diri,  merupakan kegiatan positif yang
                                    bermanafaat bukan saja untuk diri sendiri tetapi untuk agama, bangsa dan negara. 
 Insan itu sebenarnya terdiri dari dua elemen
                                    utama iaitu zahir (fizikal) dan batin (rohani). Tubuh  manusia
 terbentuk pada
                                    saat bertemunya sel telur dan sel 
mani. Pembentukan ini dipengaruhi oleh kekuatan atau energi dari 
fikiran, perbuatan, makanan
                                    dan suhu. Keempat-empat energi ini 
berinteraksi antara satu sama lain dan menghasilkan getaran neutral, 
positif dan negatif.  Getaran 
tersebut akan memberi pengaruh pada badan. Bila getaran negatif 
mendominasi
                                    seseorang itu maka kesihatan 
seseorang itu akan terganggu. Tafakur atau meditasi adalah satu kaedah 
latihan mengimbangkan
                                    keharmonian akal dan perasaan.  Ianya telah lama diamalkan sejak zaman berzaman
                                    serta merupakan kaedah termudah untuk  mengembangkan
 getaran positif hingga dapat
                                    digunakan untuk mencegah dan 
menyembuhkan penyakit. Secara ilmiah ia telah terbukti sebagai satu 
jalan penyelesaian pelbagai
                                    masalah serta menambah kekuatan 
memori.
 Hasil
 rumusan dan pengalaman yang mendalam serta maka terciptalah suatu 
kaedah yang amat
                                    praktikal dalam mengatasi persoalan 
bebanan fikiran dan perasaan yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja 
dan di mana sahaja
                                    iaitu MEDITASI ALAM.  Ianya
 adalah satu
                                    teknik meditasi yang dapat diamalkan
 oleh semua tanpa dibatasi oleh agama, ilmu ataupun umur. MEDITASI ALAM mengupas RAHSIA MENGUASAI  KETENANGAN bertujuan untuk menguatkan fikiran melalui latihan konsentrasi agar fikiran lebih sedar dan bijaksana serta
                                    harmonis dan akhirnya mencapai kewaspadaan diri (self awareness ) yang tinggi serta jiwa yang mantap. 
 Semakin
 kerap kita melakukan MEDITASI
                                    ALAM semakin kuat pengaruhnya, 
kerana energi negatif yang dipancarkan dari fikiran dan perasaan negatif
 dan memenuhi persekitaran
                                    akan diimbangi oleh pancaran energi 
positif  sehingga menjadi neutral; pada saat
                                    itulah kekuatan negatif akan hilang diganti dengan kekuatan positif yang dapat  memberi
                                    kemantapan jiwa serta membahagiakan diri pengamal dan segenap anggota masyarakat. 

No comments:
Post a Comment